Sabtu, 8 Ogos 2009

JPK Tewas Lagi

7hb Ogos 2008 - Pasukan Bolasepak JPK telah mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan di Padang Maktab Duli. Perlawanan pada hari ini adalah menentang pasukan Kroniz FC. Pada separuh masa pertama kedudukan terikat 1 - 1. Gol JPK dijaringkan oleh Hj Azhan melalui tandukan cantik beliau dari hantaran silang sebelah kiri. Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan sering berbalas-balas serangan namun nasib lebih memihak kepada pihak lawan apabila mereka berjaya membolosi gawang pasukan JPK dengan dua gol. Di akhir perlawanan kedudukan bertahan 3 - 1. Walaubagaimanapun sama-sama kita mengucapkan tahniah kepada pasukan JPK yang mempamerkan semangat dan bekerja keras dalam perlawanan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan